SEKAPUR SIREH DARI EDITOR...

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orgjodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. " ~Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangI~

KENALI DULU PERSONALITI PASANGAN ANDA...

Pasti ramai diluar sana yg tertanya2,apa keinginan pasangan,apa2 ciri pasgn yg di inginkn,apa ayat2 yg sesuai utk diluahkn kpd pasgn n bgimana caranya utk memulakan sesuatu phubgn....kat sni,aku nk bkongsi pglman n pendapat setelah aku mbuat researh apa step-step yg perlu kt lakukn utk memulakn phubungan...

sbnrnya dlm phubgn ni adlh simple,xlah rumit spt yg disangkakn...cuma apa yg mbuatknnya mjadi rumit adalh anda xthu apa watak@ciri2 pasgn anda dan kebiasannya hal ini boleh mjadi pgaduhan & ptengkaran..hal ini dpt diatasi seandainya kt tahu apa kriteria yg ada pd pasangan kt coz stp org yg ada di muka bumi ini mempunyai sifat2 yg berbeza...


Friday, March 12, 2010

Saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan saya berkenaan perkara yang sama, iaitu tentang lima jari dan rahsia di sebaliknya.
Cuba anda letakkan tangan kanan anda ke bahagian kanan muka.
Kemudian rapatkan jempol anda di telinga, jari telunjuk di pelipis kepala, jari hantu ke mata, jari manis ke hidung sementara jari kelengkeng ke mulut.
Jempol di Telinga
Walaupun kukuh dan padat, ia tidak sepanjang kawan-kawannya yang lain. Ini bererti tidak semua patut kita dengar.
Apabila terdengar orang sedang mengumpat, kata-kata lucah, muzik mengkhayalkan, ‘pekakkan’ telinga.
Jempol ini pasti mengingatkan kita supaya banyak mendengar yang baik-baik seperti bacaan Al-Quran, mendengar syarahan agama dan nasihat.
Jari Telunjuk ke Pelipis
Ini satu arahan jelas agar kita banyak menggunakan otak atau berfikir.
Dengan berfikir, banyak perkara boleh diselesaikan dengan baik. Dengan berfikir, banyak rumah tangga mungkin tidak runtuh, dan dengan berfikir jugalah, ramai berjaya di dunia ini. Tetapi awas, jangan pula menggunakan otak anda untuk menipu!
Jari Hantu ke Mata
Hantu adalah lambang kejahatan.
Banyak maksiat berpunca daripada mata. Lebih banyak dilihat, lebih banyak akan ditiru. Mata ditutup tapi masih nampak juga. Mata inilah yang harus dikawal rapi.
Jari Manis ke Hidung
Hidung menghidu dan menghembus nafas. Ia mengenal pasti bau-bauan - harum atau busuk.
Kalau kita bersedih, ia rasa tersumbat. Kalau kita gembira, hidung terasa amat lapang. Selagi ia masih boleh bernafas, selagi itulah kita dapat menikmati dunia ini.
Jari Kelengkeng ke Mulut
Jari ini amat kecil menunjuk ke mulut. Jadi, ‘kecilkan’ atau kurangkan penggunaan mulut.
Jika mulut digunakan untuk makan, jangan makan terlalu banyak kerana pelbagai penyakit ikut masuk ke dalam tubuh.
Kalau bercakap harus berhati-hati. Kata orang tua-tua: Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Nabi Muhammad saw juga pernah bersabda yang bermaksud: ‘Jika tidak ada yang baik-baik untuk dikatakan, baiklah diam sahaja.’
Satu sahaja kegunaan mulut yang amat digalakkan iaitu banyakkan membaca, terutama Al-Quran.
Sekarang anda sudah tahu rahsianya. Sempena bulan Maulud ini, sama-samalah kita mengambil iktibar dengan membuat azam menggunakan mulut kita untuk lebih banyak membaca Al-Quran, membaca selawat ke atas Rasulullah saw dan perbanyak doa.
Fikirkan apa yang didengar dan dilihat. Fikirkan lebih banyak lagi sebelum bercakap. Dan tidak kurang pentingnya, jangan bercakap ikut sedap mulut sahaja!

No comments:

Post a Comment