SEKAPUR SIREH DARI EDITOR...

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orgjodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. " ~Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangI~

KENALI DULU PERSONALITI PASANGAN ANDA...

Pasti ramai diluar sana yg tertanya2,apa keinginan pasangan,apa2 ciri pasgn yg di inginkn,apa ayat2 yg sesuai utk diluahkn kpd pasgn n bgimana caranya utk memulakan sesuatu phubgn....kat sni,aku nk bkongsi pglman n pendapat setelah aku mbuat researh apa step-step yg perlu kt lakukn utk memulakn phubungan...

sbnrnya dlm phubgn ni adlh simple,xlah rumit spt yg disangkakn...cuma apa yg mbuatknnya mjadi rumit adalh anda xthu apa watak@ciri2 pasgn anda dan kebiasannya hal ini boleh mjadi pgaduhan & ptengkaran..hal ini dpt diatasi seandainya kt tahu apa kriteria yg ada pd pasangan kt coz stp org yg ada di muka bumi ini mempunyai sifat2 yg berbeza...


Kaedah Metafizik


Salam semua...harini aku xnak bcerita pasal cinta,tp kali ni aku nak bkongsi sebuah ilmu yg amat penting dlm khdpn kt seharian bsesuaian dgn tajuk blog aku ni,1001 Rahsia Kehidupan...agak2 apa yea ilmu aku nak share kat blog ni?? Pernah x korang dgr kaedah sains metafizik dan rahsia tarikh lahir..hah benda nilah yg aku nk kongsi kat korg semua,dimana dgn kaedah ni,korg dpt mgenali potensi diri korang,kekuatan dan kelemahan diri korang,jenis2 pekerjaan yg sesuai dgn korang. Mungkin ramai di antara kita yg tdak memahami rahsia tarikh lahir sendiri. Sebenarnya rahsia tarikh lahir merupakan perkara “ASAS” yg ptot kt thu sblm mbuat perancgn hdup..

Pernahkah korang berfikir dan menyoal diri korg dengan soalan-soalan berikut:
ü  Aku ingin mengenali dan memahami diri dan keluarga, tetapi macam mana?
ü  Keluarga aku miskin, adakah peluang untuk aku ke universiti?
ü  Adakah aku ditakdirkan miskin dan hidup susah?
ü  Aku mahu jadi KAYA, bagaimana caranya?
ü  Macam mana nak tahu perniagaan yang SESUAI dengan aku?
ü  Bagi pelajar, apakah kursus yang sesuai dengan peribadi aku ?
ü  Bagi ibubapa yang pening kepala dengan perangai anak-anak pula selalu tertanya apahal perangai anak ini sebegini dan sebegitu ?
ü  Sesuai ke minah ni jadi gulfrenz aku?

Ok,aku malas nak bceramah pnjg2,kat bwh ni aku tunjukkan bgimana mgira tarikh lahir korg mgunakan kaedah sains metafizik. Penemuan menakjubkan ini dinamakan PYRAMICK, iaitu berkenaan diri seseorang dan persekitaran secara keseluruhan.

Ia adalah kombinasi 4 ideologi dan teori, iaitu;
1. Teori Pythagoras tentang Numerologi
2. Teori Falsafah Cina
3. Penemuan Analisis Simbolik
4. 5 Elemen (Wu Xing) yang terdapat dalam buku I Ching

Dengan tarikh lahir, bulan dan tahun seseorang itu dilahirkan dan dengan penggunaan metodologi pengenalan diri serta menjumlahkan kesemua nombor kepada satu angka (Kaedah Pengiraan Greek) seseorang boleh memperolehi kesemua nombor yang terdapat di dalam gambarajah seperti di bawah. Ini aku panggil piramid nombor.



Nota: O adalah kod asas korang

Masih xfaham?? Ok skrg kt ambik tarikh lahir 8/4/1988 sbg cth pgiraan...kalo xpdi kira,pastikn sblh korang ada kalkulator yea,hehhehe

Ok,skrg korg kira tarikh lahir korg bdasarkan kaedah pyramid tu..pastu korg tgk kod asas korg bdasarkn huraian di bawah...

HURAIAN KOD ASAS

Kod Asas : 1

Kekuatan:
Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, memiliki banyak daya tarikan
daripada jantina yang berlainan, memiliki kebijaksanaan, mempunyai kuasa
analisa yang kuat, yang akan menjadikannya individu berilmu, seorang yang
sangat teliti dalam semua perkara, individu yang sangat kreatif dan sangat
peka.Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau
diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini.

Kelemahan:
Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima kritikan,
beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan dari orang lain. Oleh itu,
kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun bos-bos. Bekerja sendiri
adalah pilihan yang terbaik

Perkara yang perlu dipelajari:
1) Sedia menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau
lebih baik.
2) Berfikirlah secara terbuka.
3) Berdiplomasi apabila diperlukan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 1:
Arsene Wenger (pengurus Arsenal), Acha Septriasa (selebriti Indonesia), Luna
Maya (selebriti Indonesia), Hulk Hogan (bintang gusti WWF)

Kod Asas : 2

Kekuatan:
Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa
tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang peramah dan mementingkan
kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka
terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua
daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk
melaksanakannya dengan tepat.

Kelemahan:
Individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri, walaupun orang lain
percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi berkemungkinan
tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Sentiasa mengutamakan orang lain
melebihi kepentingan diri sendiri

Perkara yang perlu dipelajari:
1) Percayalah kebolehan diri sendiri.
2) Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
3) Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 2:
Adi Putra (kanak-kanak pintar), Dr Fadzli Yaacob (selebriti dan usahawan
Malaysia), Thaksin Shinawarta (bekas PM, Thailand), Bill Clinton (bekas presiden
USA), Madonna (selebriti Hollywood)

Kod Asas : 3

Kekuatan:
Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english – ”all-rounder”.
Idealistik, Aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang
dia kehendaki. Berkebolehan untuk membezakan sesuatu yang baik atau tidak
baik. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang yang dipilihnya. Boleh menjadi
kaya dan berharta, sekiranya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Suka
berterus terang. Mudah meng’ekspresi’ pandangan terhadap sesuatu perkara.

Kelemahan:
Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran.
Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak
munasabah). Kadang kala pula seorang yang nakal. Juga, seorang yang ‘laser’. Jika
tidak berhati-hati dengan kata-kata, boleh menyebabkan keretakan dalam sesuatu
perhubungan.

Perkara yang perlu dipelajari:
1) Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
2) Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.
3) Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 3:
Anwar Ibrahim (bekas TPM) , Wayne Rooney (bintang bolasepak Manchester
United), Christiano Ronaldo (bintang bolasepak Manchester United)

Kod Asas : 4

Kekuatan:
Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa
mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan.
Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat.
Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki
suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.

Kelemahan:
Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara.Suka simpan
sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak
melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-hati dalam
perhubungan dan perkahwinan.

Apa yang perlu dipelajari:
1) Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
2) Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
3) Berterus teranglah dalam sesuatu perkara

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 4:
Bill Gates (individu terkaya di dunia), Alex Ferguson (pengurus Manchester
United), Margaret Thatcher (bekas Perdana Menteri Britain), Arnold
Schwarzenegger (bekas pelakun, sekarang adalah Gabenor California, Amerika
Syarikat),dan kod asas aku adalah 4,bakal ganti Bill Gates pasni,hehehhe...

Kod Asas : 5

Kekuatan:
Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka
mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin.
Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa focus
untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistic,
tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian
dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.

Kelemahan:
Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil.
Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang
relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.

Perkara yang patut di ubah:
1) Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
2) Melihat sesuatu dengan teliti

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 5:
Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia), Erra Fazira (pelakun
popular), Aishwarya Rai (pelakun Bollywood), Bambang Susilo (presiden
Indonesia), Soekarno (bekas presiden Indonesia), Ronaldo ( bintang bolasepak
Brazil),Britney Spears (penyanyi di USA)

Kod Asas : 6

Kekuatan:
Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor '6' mengawal harta
benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai
citarasa yang tinggi dalam kehidupan.
Nombor '6' akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan
keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat. Beliau juga
selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan
menjaga mereka. Sentiasa jadi pihak pendamai.

Kelemahan:
Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak
mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan. Melakukan
sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri.

Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya
2) Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri
3) Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 6:
Luis Felipe Scolari (pengurus Chelsea), Rafa Benitez (pengurus Liverpool), Warren
Buffett (pakar kewangan dunia), Albert Einstein (kalau tak kenal tak tau la),dan si dia tgolong dlm kod ni,bakal ganti Warren Buffet pasni,huuuuu..

Kod Asas : 7

Kekuatan:
Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara.
Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat
menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah
dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan.
Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Menarik perhatian ramai orang.
Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah.

Kelemahan:
Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah
menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas.Sangat suka “berahsia” yang tidak
membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang
tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk
menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam
jika berada dalam mood yang salah.

Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
2) Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 7:
Dr. Irfan Khairi (pakar Internet Malaysia), Mawi (selebriti popular), Saddam
Hussein (bekas presiden Iraq), Cesc Fabregas (bintang bolasepak Arsenal), Frank
Lampard (bintang bolasepak Chelsea), Micheal Jackson (selebriti Hollywood)

Kod Asas : 8

Kekuatan:
Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya, menjadikannya seorang yang
terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat
bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masaalah.
Tidak akan mempermainkan orang lain.

Kelemahan:
Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Disegi
luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat
berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan
menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk
melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari
sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkaraperkara
yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah.

Perkara yang harus diperbaiki:
1) Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada
mengikut keperluan orang lain
2) Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 8:
Steven Gerrard (bintang bolasepak Liverpool), Osama bin Laden (pejuang Islam),
Cindy Crawford (supermodel dan selebriti Hollywood)

Kod Asas : 9

Kekuatan:
Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab.
Pintar, Peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang
dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan
untuk menghibur orang lain. Sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya
tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun.
Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan
dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut
persekitaran

Kelemahan:
Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang emosional. Jika
tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan
dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang
sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat
bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah
berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.

Perkara yang harus diperbaiki:
1) Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata
2) Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan
3) Kurangkan sifat emosional

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 9:
Megawati Sukarno (bekas Presiden Indonesia), Suharto (bekas Presiden
Indonesia), Elvis Presley (selebriti Hollywood-kini arwah)


Hah so mcm mn,korg dah thu kekuatan dan kelemahan korg kn...so mulai skrg,korg tingkatkn lg kekuatan korg tu n dlm msa yg sm,korg cuba atasi kelemahan korg tu,pbaiki kelemahan diri korg..jgn rasa malu dgn kelemahan diri korg coz mybe si dia akan mjdi pelengkap kelemahan korg tu..bak kata pepath,saling melengkapi antara 1 sama lain..ok lh,setakat sni dlu aku bkongsi ilmu,pastikn korg trus mgikuti blog aku coz apa yg aku akan tulis pasni lg advance bkenaan pekerjaan/perniagaan yg sesuai dgn korg bdasarkn kod asas,memahami kombinasi 2&3 nombor,kod jutawan korg,formula kejayaan dan kekayaan serta byk lg rahsia2 menarik menanti anda...semuanya khas utk anda..Renung2kan dan selamat mgikuti my blog,hehhehe...