SEKAPUR SIREH DARI EDITOR...

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orgjodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. " ~Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangI~

KENALI DULU PERSONALITI PASANGAN ANDA...

Pasti ramai diluar sana yg tertanya2,apa keinginan pasangan,apa2 ciri pasgn yg di inginkn,apa ayat2 yg sesuai utk diluahkn kpd pasgn n bgimana caranya utk memulakan sesuatu phubgn....kat sni,aku nk bkongsi pglman n pendapat setelah aku mbuat researh apa step-step yg perlu kt lakukn utk memulakn phubungan...

sbnrnya dlm phubgn ni adlh simple,xlah rumit spt yg disangkakn...cuma apa yg mbuatknnya mjadi rumit adalh anda xthu apa watak@ciri2 pasgn anda dan kebiasannya hal ini boleh mjadi pgaduhan & ptengkaran..hal ini dpt diatasi seandainya kt tahu apa kriteria yg ada pd pasangan kt coz stp org yg ada di muka bumi ini mempunyai sifat2 yg berbeza...


Wednesday, March 2, 2011

Bagaimana Nak Mdekati Org yg Kita Suka??

Korg mungkin tidak bersetuju dengan Tip Cinta aku kali ini. Ramai yang merasa agak sukar atau kekok apabila memulakan sebuah perhubungan itu atas dasar sahabat dulu, kemudian barulah memulakan perhubungan cinta. Kebanyakan yang aku jumpa, mereka akan berkelahi, bertekak, really mad at each other. Semuanya gara-gara, apabila sudah lama berkawan, segala-gala perihal masing-masing sudah tahu, faham dan dah tak boleh nak kelentong! hehehe...kelakar kan.
 
Tapi, bukankah itu yang paling penting? Mengetahui dan memahami hati dan perasaan pasangan kita? Sebelum korg mengatakan tip ini agak kurang berkesan, apa kata korg try dulu hehe…korg cuba terlebih dahulu beb…aku dah cuba kat Farah Wahida Mazlan…aku bkenalan dgn dia sbg seorg kawan..lama2 menjdi Best Frenz..pastu jadi Best Boy Frenz..xlma lg jd Best Husband plak..hahha..

Pada asasnya, sesiapa sahaja yang 'looking for love', atau menginginkan sesebuah perhubungan cinta, perkara yang selalu menjadi masalah mereka ialah, tiada kawan yang dari opposite sex untuk menjadi tempat mengadu! Kalau wanita dengan wanita…memang bolehlah bercerita, lelaki dengan lelaki pun boleh jugak. TETAPI…wanita akan lebih selesa bercerita dengan kawan lelaki kerana mereka lebih memahami perasaan wanita itu. Begitulah juga sebaliknya!

 
Nahh…itulah yang aku cakap, “Be the best friend FIRST!”
 
Apabila korg sudah memecahkan benteng pertahanan si dia, dengan menjadi best friend dia…korg cukup mudah untuk berada dekat dengannya. Malah kemungkinan besar, dia yang tercari-cari kan korg! Kerana, mereka ini sebenarnya memerlukan seseorang yang boleh berada bersama mereka all the time, untuk mendengar masalah mereka, keluhan dan luahan hati yang bersedih kerana tidak dapat cinta yang diidamkan. Then, kalau boleh, best friend dia ni bersetuju dengan apa sahaja keputusan mereka, memahami apa yang dimahukannya.

Siapa lagi yang boleh jadi begitu jika bukan teman baik? Mestilah seseorang yang sangat dipercayai, seseorang yang dia tahu, tidak menaruh harapan dan perasaan cinta kepadanya.
 
Cuma, ramai yang tersilap langkah dengan memulakan sesebuah perhubungan dengan menjadi seseorang yang berminat untuk bercinta terlebih dahulu, kemudian baru nak jadi teman baik...mana nak jalan beb! Mestilah dia berhati-hati atau sedikit curiga dengan korg, asyik nak cover aje lah!.. Tapi kalau dengan teman baik…habis cerita dalam kelambu pun diceritakannya!!

Jadi...1st thing 1st!.. be the best friend dulu, kerana apabila korg sudah menjadi teman baik, di samping korg menjadi tempat dia mengadu, kepercayaan dia terhadap korg makin menebal, korg dan si dia pasti makin rapat...jadi, korg pula berpeluang untuk tampilkan diri korg yang terbaik, malah korg juga berpeluang melihat orang yang diminatinya itu bagaimana caranya…justeru itu korg dapat lakukan jauh lebih baik darinya! Sehinggakan si dia mulai nampak keistimewaan korg, then aku rasa, pasti dia dapat merasakan betapa ruginya dia jika tidak memulakan percintaan dengan korg. So, "Be the best friend FIRST!"
 
Warning!...hehehe, Cuma cara ni korg kena banyak sabar…dan tahan emosi korg yang akan pasti bergelora dan mungkin juga mendidih-didih, JEALOUS! Namun, jika korg sabar…ambil masa lama sikit…dia pasti milik korg!

No comments:

Post a Comment