SEKAPUR SIREH DARI EDITOR...

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orgjodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. " ~Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangI~

KENALI DULU PERSONALITI PASANGAN ANDA...

Pasti ramai diluar sana yg tertanya2,apa keinginan pasangan,apa2 ciri pasgn yg di inginkn,apa ayat2 yg sesuai utk diluahkn kpd pasgn n bgimana caranya utk memulakan sesuatu phubgn....kat sni,aku nk bkongsi pglman n pendapat setelah aku mbuat researh apa step-step yg perlu kt lakukn utk memulakn phubungan...

sbnrnya dlm phubgn ni adlh simple,xlah rumit spt yg disangkakn...cuma apa yg mbuatknnya mjadi rumit adalh anda xthu apa watak@ciri2 pasgn anda dan kebiasannya hal ini boleh mjadi pgaduhan & ptengkaran..hal ini dpt diatasi seandainya kt tahu apa kriteria yg ada pd pasangan kt coz stp org yg ada di muka bumi ini mempunyai sifat2 yg berbeza...


Tuesday, March 8, 2011

Cinta x kesampaian

Di rumah Allah ini aku termanggu, terpana pilu... terjenguk-jenguk mencari-cari... dan dari hujung penjuru dinding putih ini aku mengintai-intai dia... - Namun singgahnya seorang lelaki kacukan di diijab kabulkan imam muda yang menjadi tarikan utama iris ini...

Alhamdulillah, dengan hanya sekali nafas, dara menjadi milik teruna secara sah, halal...dan dengan sekali nafas itu juga, seluruh hasrat cinta ini terkambus, terkubur… Harapan yang masih bagai terjulang tinggi, bersemi, bersalut jiwa…hancur luluh…berderai...

Titisan air mata gembira kelihatan jelas di kesemua wajah ahli keluarganya... Mata ku juga turut berkolam, berkaca, bersinar...pabila aku dapat melihatnya di dalam kebaya serba putih...tertunduk  gembira...aku?...ya, aku juga gembira...gembira bercampur duka.
  • Gembira kerana akhirnya kawan wanita ku berkahwin juga dengan kekasihnya, duka kerana terpaksa melepaskan dia dari alam impian cinta kami, yang sekian lama menjadi rahsia antara aku dan dia, terpendam dalam sedalam lautan yang tiada hujungnya...
Teringat lagi dulu…

Kami bagai empat sekawan, selalu saja go for ‘double date’ …best! Memang best… dia bersama boyfriend dia, lelaki yang dikahwininya itu dan aku bersama so called, ‘Kekasih’ aku yang mana, ehhh…hanya ku anggap kawan. Mungkin kerana dia cute, kecil, comel 'lote' - well, ok la tapi bukan taste aku…tetapi bagi dia, aku yang besar macam beruang ni citarasa dia pulak hahaha… :lol:

Well…nun jauh dilubuk jiwa, mungkin ada sedikit kenakalan aku dimana, yang sebenarnya aku bersama gadis kami panggil ‘si kecil’ molek ini, adalah kerana niat aku untuk rapat dengan kawan dia, Wina… ya, itulah namanya. Cukup unik dan memberangsangkan! Wina’s WIN! Hehehe…kena dengan perinsip aku being a positive thinker…

Akan tetapi, Wina pula yang menganggap aku... hanya kawan baiknya…all because dia dah jatuh hati kat mamat kacukan cina ni pulak…kawan-kawan dia orang gak laa eeeeee!!  - Anyway, setelah beberapa kali kami keluar double date…aku dengan berat hatinya, telah berterus-terang pada Si kecil…yang aku sebenarnya amat terpikat pada kawannya Wina…

Ingatkan aku dah nak kena sembur, tetapi rupa-rupanya dia pun dah lama dah dapat merasa dan mengagak. Alhamdulillah, dia telah membantu aku untuk rapat dengan Wina…

Kian hari kian rapat…persahabatan kami sungguh mesra, tetapi dia selalu saja ingatkan aku yang dia dan mamat mix cina hensem sudah couple. Ahhh… satu-satu ayat dari mulut dia yang aku teramat bosan untuk mendengarnya...
  • “Walau kita closed…tapi ingat tau, I sudah dimiliki…hati I hanya untuk dia.”
  • Adoi!... “Ya lah!, ya lah!” jawab aku selalu… walhal dalam hati, Tuhan sajalah tahu betapa aku teramat ingin memiliki Wina… aku sayang dia, aku sanggup lakukan apa saja untuk dia. Malah setiap hari, tiada lain dalam kepala aku… Wina…Wina…Wina…
Dan di dalam hati aku pula… aku begitu yakin yang Wina juga sayangkan aku…Aku yakin kami saling cinta, tetapi mungkin kerana Mr Hensem hadir dulu di dalam hidup dia, itu yang membuatkan cinta kami seolah-olah tidak kesampaian di ketika itu…

Masa berlalu, perhubungan Wina mulai melalui saat getir apabila boyfriend dia kantoi dengan awek lain… Ya Allah mujur! Alhamdulillah….peluang aku untuk miliki Wina kini terbuka… well at least that’s what I thought…huh, Mr Hensem terer ayat lah… Wina maafkan dia, dammmned!! Frust beb!...

But one thing for sure that aku dapat tengok sangat perhubungan mereka sudah tidak semesra dulu. Wina berubah menjadi seorang yang teramat curiga, syak wasangka, prasangka buruk of almost everything... mungkin trauma dari kecurangan boyfriend dia…dan mamat  tu pulak, juga turut selalu menyalahkan Wina dalam apa sahaja yang Wina lakukan. Benda-benda remeh temeh pun dia salahkan dan boleh jadi gaduh…
  • Biasalah lelaki dayus macam tu arr, bila dah bersalah… mulai lah nak cari salah orang untuk mengaburi mata dan menutup kesalahan dia… aku tahu sangat lah this old tricks! - Orang yang berjaya adalah orang yang berani mengaku kesalahannya, bukan macam dia nihh...
Itu yang buat aku benci mamat ni… mentang-mentang kaya, ada rupa …huh TAK HENGAT! Dan plus sebab dia dapat Wina la kan sebab tu aku lagi lah benci hahaha :D

Setelah beberapa lama, perhubungan mereka yang kononnya CINTAN habis tu…terus continue dengan pergaduhan, argument all the time. Actually at that time… aku sudah kira menerima hakikat yang Wina takkan dapat aku miliki dah… pasal, mamat dah kantoi pun dia nak lagi, entah berapa awek dah dia skandal sebelum ni yang tak tertangkap? Sure dah ramai… biasa arr, bawa kereta mewah, ada duit…macho… aku jugak yang duk menunggu si Wina kan…

So, fikir-fikir okay lah kan…accept je lah yang aku dan Wina hanya kawan…tapi, masa ni lah secara rahsia…tanpa pengetahuan kekasihnya...
  • Wina mulai contact aku 3-4am menangis-nangis, aku lah tempat dia meluah perasaan setiap hari… apa sahaja pergaduhan yang berlaku, semua diceritakan kat aku…tahan je la telinga ni. Lama-lama kita makin rapat...
  • Siang-siang kami keluar makan, minum, jalan-jalan cam biasa... dan hampir 3-4 bulan kami asyik duk ym selalu…malam-malam webcam…pastu buat joke, then kami gelak sama-sama, aku biasalah buat lawak bodoh je la hahaha…
  • Cinta kembali bersemi dalam diri aku… yang jelas, cinta aku pada Wina sentiasa ada di dalam diri ini…hanya menanti ianya disemai kembali…Dan kehadiran Wina setiap masa, menghidupkan jiwa ini, mencairkan hati…aku kalah dengan kemanjaan Wina pabila dia mulai teruja membicarakan tentang perasaannya terhadap ku...
  • Kami semakin intim dan bagai dilamun keindahan hidup bercinta...Tetapi Wina juga asyik merendah diri yang kononnya dia tidak setaraf seperti bekas-bekas kekasih aku sebelum ini yang terdiri dari golongan model-model dan juga stewardest….
Ahhh…mungkin dia tidaklah secantik mereka semua tetapi, suaranya yang sangat manja sudah cukup membuaikan jantung aku, kelembutannya mencairkan jiwa ini…longlai, hingga aku terlupa segala-gala yang berlaku di sekeliling ku… Memang benarlah kata ibu ku,


“Lebih baik bersama pasangan yang kurang cantik tetapi menyenangkan hati, daripada yang cantik tetapi menyakitkan jiwa!”

Namun, Ku sangka kan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari, siap kelabu pekat lagi awan yang berarak!!

Rupa-rupanya, dalam diam… rahsia perhubungan kami disyaki oleh kekasih Wina. Menyedari aku dan Wina yang semakin mesra, Mr Hensem telah melamar Wina! Cis!... di saat ini jugalah aku nekad untuk tidak mengalah. Aku takkan rebah sebelum berjuang… itulah niat aku! Akan aku pujuk Wina untuk meninggalkan mamat tak guna tu…dan memilih aku!
  • Tetapi, di saat itulah juga sekilas lalu...aku terpandang di wajah Wina bagai bercahaya ceria… lamaran itu menggembirakan hatinya yang penuh duka. Dia memandang aku dengan ekspresi yang berubah-berubah…kemudian memandang kekasihnya pula, seperti sedih dan gembira bercampur gaur…
Sehingga aku tidak sampai hati untuk mengkeduhkan keadaan itu…walau aku tahu perkahwinan itu adalah bukan atas dasar yang betul. Di dalam hati kecil ku berkata,
  • “Don’t get married for the wrong reason Wina!” – tetapi aku tidak sanggup mengatakan kepadanya… sebak dada aku tak terhingga menahan, namun ku biarkannya…
  • Perselisihan faham, pertengkaran, perbalahan, tawar hati, bosan bercinta, takut kehilangan kekasih... bukan sebab untuk berkahwin. Perkahwinan is not the answer, BUKAN penyelesaiannya! Wina tahu itu…tetapi, betapa kecewanya aku apabila itulah juga jalan yang dipilih Wina dan kekasihnya…
Ingin saja aku yang melamarnya atau memberi janji untuk mengahwininya… tetapi apa kan daya… aku masih belum layak untuk bergelar seorang suami yang sejati di kala itu…

Lalu aku terus tercegat di situ… hanya memandang Wina yang sememangnya memilih untuk bergembira,  berlari dan memeluk lelaki yang cukup bertuah itu. Lelaki yang punya segala-gala…dan kini dia juga punyai gadis idaman ku, dia telah miliki apa yang aku miliki hanya buat seketika cuma…sedih….sedih…

Dan hari ini, di sini lah aku berada, di masjid ini…

dengan penuh hiba, aku melepaskan  cinta yang sekian lama aku idam-idamkan.  Wina pun tahu, kedatangan aku adalah untuk menatapnya buat kali terakhir, kerana aku tidak mahu Wina pula yang berduka melihat cinta kami yang tidak kesampaian…

Tak apa lah… ini lah pengorbanan aku, tanda cinta dan hadiah terbesar di hari perkahwinannya dan harijadinya…Sebuah kebahagiaan yang aku berikan kepada gadis yang telah dapat menggoncang dunia ku… - kata akhir dari ku...

"Bersama angin timur, ku rela meninggalkan keindahan kita...moga jiwa mu bergetar rindu selalu… Selamat Tinggal!"

No comments:

Post a Comment